Search

Custom Search

Thursday, July 17, 2008

Bulan Februari

Aku lahir bulan februari... 6hb Februari... tepat jam 7.31pm.. aku lahir kat umah tok aku jerkk... coz mak aku ni takot nak pi hospital... hospital plak pi umah tok aku... hahahaha....

Tpt aku lahir plak.. kalau korang tahu pulau kapas.... bertntangan ngan pulau kapas.. tu laa kg tok aku... kg Seberang Marang.. kat kuala trg....

Yang aku nak citer kat sini bukan pasal aku lahir atau kisah hidop aku sebenarnyee... hahaha... aku nak citer pasal bulan Februari, dari research yang aku buat kat vf.. sebagai sumber utama aku aku.... aku ada la jumpa sikit2 pasal org yang lahir pada bulan februari ni n pada tarikh aku lahir...

ni aku listkannye buat tatapan korang terutama yang lahir pada bulan Februari... kalau nak bulan lain.. buat laa sendiri yerk... hahaha..


Februari

- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.

- Amat hormat kepada pasangan.

- Amat suka memikat pasangan.

- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.

- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya

- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)

- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.

- Kurang beremosi terhadap pasangannya.

- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12



Zodiac : Anda Dan Risalahnya - ( Februari 06-14 ~ Merpati )

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamulakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

**memang aku riang... enjoy tipa waktu... kawan2 pun ramai kot... memang aku tak suka hipokrit... tp yang tak leh terima.. aku mudah jatuh cinta tu... memang tak betol sama sekali...



Personaliti Lelaki Mengikut Zodiak - Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati... Suka yang cantik dan menarik perhatian.

Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu..

** ish ish ish... aku pijak semut semua mati wehh... kacang kee nak ngorat aku.. tak semudah yang di sangka.. hahaha...... aku cepat bosan kee.... tidak sama sekali tidak....


Warna Di Sebalik Tarikh Lahir - ( 4 hingga 8hb Februari - Biru )

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

** sebab tu laa aku suka biru kot... coz aku lahir bulan 2.. pada tarikh 6hb kot.. ehehehe.... ni lagik satu... mudah jatuh cinta... takde laa... mana aku ni mudah jatuh cinta beb... kenyataan ni 50-50 jerkk... ada betol n ada tak betol...




Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

FEBRUARI



* Berfikiran abstrak.

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

* Bijak dan pintar

* Berpewatakan yang mudah berubah.

* Mudah menawan orang lain.

* Agak pendiam.

* Pemalu dan rendah diri.

* Jujur dan setia pada segalanya.

* Keras hati untuk mencapai matlamat.

* Tidak suka dikongkong.

* Mudah memberontak apabila dikongkong.

* Suka kegiatan yang lasak.

* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

* Mudah mempamerkan marahnya.

* Tidak suka benda yang remeh-temeh.

* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

* Sangat berani dan suka memberontak.

* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

* Pemerhatian yang tajam.

* Suka hiburan dan sukan.

* Suka benda yang bersifat seni.

* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

* Belajar untuk mempamerkan emosi



** aku suka kajian
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah nih.... leh kata 80-90% betol tentang diri aku... ehehehe.....


So... kesimpulannye yang leh dibuat kat sini.... jadilah diri anda sendiri.. jgn laaa suka meniru org lain... jgn hipokrit... jgn berlagak sombong... n jgn mudah percaya sgt pada zodiak2 nih... ada yang betol... ada yang tak betol...

so.. banyak2 laa mintak doa kepadaNya moga kiter ni jadik anak2 yang baik... anak2 yang berjaya.. anak2 yang tak mudah lupa pada mak bapak...

kalau berkawan... jadilah kawan yang sebenar-benarnya kawan... jgn jadik mcm kawan makan kawan.... aku paling benci kawna mcm nih... dapat kat aku org mcm nih.. tau laa aku nak wat mcm mana....

itulah saja utk kali ini... kiter berjumpa lagik di lain waktu.... muahahaha....

0 Comments:

 

Template Modified By PenyuXP

Powered By PenyuXP