Search

Custom Search

Thursday, September 18, 2008

Cheque Sudah Clear

Herm... aku nak tunaikanlah request dari HCJ erkk... dia yang suh aku update kan blog aku nih... nah... aku ada gambar nak tunjukkan kat dia... hahahaha.... clean n clear... Ni adalah sambungan skit dari post aku yang sebelum nih.... ehehehe... sajer jerkk kasi hot skit...

Cheque aku sudah clear laa wehh... hahaha/.... Meh kiter pakat tgk erkk... Jom Jom Jom...


Baru jerkk clear petang tadi... pastu esok plak leh clear abis dah nih.... hahaha...

to hcj :: aku harap ang berpuas hati ngan update aku nih yerkk... muahahaha :)) =))


Saturday, September 13, 2008

SuperBID MGM 1st Week Winner (Referral)..!!

Ni aku nak citer skit laaaa pasal aku menang Lelong Superbid MGM - WEEK 1 (Referral)... mcm mana aku menang?? aku menang coz aku invite bebudak suh masuk SuperBid kat lelong laa... so.. ramai laa yang duk masuk sana melalui aku.... so.. aku adalah yang terbanyak gak laa.. top 20 beb... menang laa rm100... aku invite tak sampai pun 5 minit... hahaha....

Yang boleh aku tau aku ni memang coz diorg hantar email kat aku... ni antara isi kandungan email tersebut.......

-----------------------------------------------------------------

from : promo -
promo@lelong.com.my
reply-to : promo - promo@lelong.com.my
to : penyuxp@gmail.com
date : Thu, Aug 28, 2008 at 9:26 AM
subject : Congratulation! You are our winner of Lelong Superbid MGM - WEEK 1 (Referral)
mailed-by : lelong.com.my


Hello ,

Congratulation! You are our winner of Lelong Superbid MGM - WEEK 1 (Referral)

* You may refer Lelong.com.my home page for official announcement or the contest page:

http://forum.lelong.com.my/bbs/viewthread.php?tid=38418&page=1&extra=page%3D1#pid1407486

Kindly come to Lelong.com.my office for prizes redemption & identity verification purpose.

* Please provide your IC, a valid & contactable mobile phone number for verification purpose.

* All prizes must be claimed before 05Sep2008 before forfeited.

* Please note that our office hour is from Monday to Friday(9am~6.30pm). Kindly refer our location map as following:

http://www.lelong.com.my/Aucinclude/map/LelongMap2.jpg

* Please contact us at least 3 working days in advance before you are coming to claim for prizes.

* We need your fullname & IC number as per stated in your MyKad. Please reply to this email ASAP should the above mentioned details are incorrect.

Should you have any problem, please contact :

Ms Sabrina Wai

email: promo@lelong.com.my

Tel : +603-8060 2528 etx: 16

Fax : +603-8060 8528


Thank you for trading at Lelong.com.my

Happy Trading.


Best regards,

promo
mailto:promo@lelong.com.my

-----------------------------------------------------------------

Aku bagi laa alasan2 yang kukuh utk mengelakkan diri dari ambil hadiah kat pejabat diorg tu... aku suh diorg pos jerkk cek yang bernilai rm100 tu ke rumah aku... diorg setuju n mintak aku punye alamat, nama penuh berserta ngan no i/c...

seminggu gak laaa aku tunggu baru sampai cek tu kat aku.... sampai tepat jam 12pm ,13hb September 2008... masa tu aku tgh syok tdo... tetiba ada org ketuk umah aku.... waduh2... nak tdo pun tak senang... bukak2 pintu, ada posmen tunggu depan umah n dia cakap ada dokumen perlu aku sain coz ada dokumen yang di pos laju utk aku... aku masih tak tau apa bendanyee tu....

masuk2 bilik.. bukak jerkk... naa... cek bernilai rm100 daripada lelong.com.my.... jgn jeles beb... korang tak dapat.. aku yang dapat.. ni haaa... aku kasi tunjuk gambar skit kasi bukti skit yerkk... muahahaha.....


Ni sampul pos laju tu... leh zoom... ada nama aku kat situ n alamat pengirim pun ada... hahahaha.... bukti nih.. bukti....


Ni plak sampul surat yang di dalamnya berisi cek.... jap aku bukak sampaul surat ni kasi tunjuk kat korang apa isinye yerkk... ahakss...


Ni haa isinyee yang berada di dalam sampul tadi... berupa cek dari lelong.com.my yang bernilai rm100... muahaha... aku dah selamat bank-in dah cek nih... next week clear laa kot... leh laa shoping baju raya selai... ehehe...


Jangan jeles yerkk... pewwiitt.......

Nak tengok pemenang2nyee lagik... leh laa tgk sini....

http://forum.lelong.com.my/bbs/viewthread.php?tid=38418

leh laa tgk nama aku naik kat sana... ahaks...


akhir kata... terima kasih kat lelong coz berjaya menjeleskan member2 gua.... adiosss amigoss.... muahahahahaha.....




Monday, September 8, 2008

TAGGED by Cik Anis...!!!

Cik Anis telah meng'victim'kan diriku...so ape kata survey!

3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
- rambut aku memang panjang masa sekolah dulu... sampai satu tahap kena potong ngan cikgu sekolah... aku plak sorg pengawas kat sekolah.. ketua pengawas plak tu... padan muka sekolah n cikgu2 sekolah yang lantik aku tu dengan cara paksaan... hahahaha..

- selalu pergi lewat ke sekolah. loceng hampir nak berbunyi masuk kelas... baru laa aku sampai... haha... sepatutnyee tiap2 pagi aku yang kena jaga kat paga jadi guard... ambik nama bebudak sekolah yang datang lambat ke sekolah... muahahaha...

- pernah bergaduh dalam sekolah n luar sekolah... muahah.... masa tu pun aku dah jadik pengawas... lom jadik ketua pengawas / pengganas lagik... muahahaha...

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??
- Math - senang jerkk subjek nih... umpama aku makan kacang jerkk.. kupas2 kulit terus masuk mulut... kunyah2 telan... ahaks.... sebab senang sgt2 laa... ahakss... cikgu pun sporting abis sehh...

- Add Math - subjek ni kacang laa jugak.. tp ngapee la aku tak leh A time SPM.. aduss.. tensen tensen.... sebab bab2 kira nih aku ska sgt2.... mencabar minda main2 no nih....

- LK - best laa subjek nih... lukis2 bangunan... cam jadik arkitek laa plak.. ahakss.... senang jerkk.... cikgu pun sempoi...

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
- Sejarah - bosan wooo subjek nih... banyak benda nak kena ingat.... itu laa.. ini laa... pastu kena wat karangan laa ngan fakta2 yang ada... adehh.... bosan2... otak aku tak leh terima... hahahaha...

- Kimia - subjek ni pun sama... adeh.... lomah den ngan subjek nih... sampai cikgu aku siap mengamuk lagik kat aku pasal markah aku paling rendah dalam kelas... muahahaha

- Fizik - sebenarnye subjek ni best bagi aku... tp aku dapat cikgu yang.. lahai.. membosankan.... terus jadik tak suka ngan subjek nih.... cara cikgu niu ngajo.. dia bagi soalan.... dia yang buat... terus dapat jawapan... bebudak lain ternganga mcm man leh dapat jawapan tu.... haru tol....

MENARIK PADA KAMU...?\
- Nak kena puji diri sendiri kee nih?? hahaha.. aku leh kata aku nih flexible... mcm tu kee ejaan dia.. ahakss... leh terima teguran org.. leh dengar pendapat org.. leh dengar masalah org.... aku seorg pendengar yang baik... aku susah kerana org takpe... jgn org lain susah kerana aku.... ada lagik kot... len kali laa sambung... next.... hahahaha....

KAMU PALING SUKA...?
- On9.... tu laa kot yang paling suka... ada yang lain kee?? nanti malam raya tahun depan aku pk balik.... hahaa...

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...
- Laptop.. Henpon...

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI...
- Opss... patut jawab kee soalan nih...? next... hahaha...

So the next 5 victims are:
-Shem
-YanaFuziana
-HCJ
-Intan Weng
-Sape2 la yang baca post nih... hahaha.....!!!

Saturday, September 6, 2008

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.

Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.

Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa
kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih.

Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.

Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!"

Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.

Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !



moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda

Thursday, September 4, 2008

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Tuesday, September 2, 2008

Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup Anda

Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?


(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan.

Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit.

Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian

Lawak Orang Terengganu

Samekong dan salang sejahtera. Sini saye ade satu cite untuk pengajarang semue. Bagi sape-sape yang nok gi interbiuw dang ade niat nok nippu mase interbiuw tu, ingat- ingatlah cite ni. Kisoh benar ni tau bukang rekaang!!!

Beberape hari yang lepas, satu temuduge kenaikang pangkat telah dibuat oleh saloh sebuoh anok syarikak TNB. Biaselah kang kalu nok naik pangkat mestilah duduk ujiang bertulis dang lepas tu barul! ah ujiang bercakak pulok (temuduga lah tu) test suare lah pulok. Dang dalang rama-rama yang terpilihtu ade tige kawang kite dari Tranung telah dipilih untuk di temuduge. Kebetulang pulok tige kawang kite ni adelah peserte ketige yang pertame. Ape lagi debor peruk lah kawang 3 orang nih. Kawang yang nombor satu mule la merungut, (kene bace ikut loghat terengganu!)... ... ..

"Baru je sapa sini, letih tok hilang lagi, doh bale baru sapa pulok".

Sampuk pulak kawan yang kedue ni... . "mapuh kite kalu lagu ni... aku doh kecuk perut ni".

Dang bersuare la pulok kawang yang ketige ni dengang berlagok macho seraye berkate "Mu nok takut bende gok awang eh... Kalu die tanye, mu jawap je la. Kalu mu tok tahu, mu bahang gi la jawap bende pun... . Janji mu jawap doh. Hok mu due ekor ni takut sangat bak pe... . Bukangnye tukang interbiuw tu nok makang mu. Cer mu tengok aku nih, rilek je. Siap buleh control ma! cho lagi".

Tibe mase yang ditunggu-tunggu, make name kaw ang kite yang pertame ni pun dipanggil.

Dalam 15 minit kemudian, kawang yang pertame ni pun kuor lah. Ape lagi macang kera kene belacang la kawang nombor due ni dok tanye ape soalan yang di tanye oleh tukang interbiuw tadi.

"Eh awang! menatang bende tukang interbiuw tanye mu tadi ".. awang nombor satu tadi pong jawap, "Susoh jugok soalan die, tapi aku tok ingak doh bende yang die tanye tadi, tapi se je yang aku ingak die tanye... . pengerusi TNB yang baru sape name. Aku pung jawaplah Datuk Jamaluddin Jarjis".

Kawang nombor due pulok menyampuk "Ah sudoh! aku tok reti starang nok sebuk name tu. Guane nih awang? Aku rase nok terkecing doh ni. Ah! aku tulih kat tangan je la awang. Kalu die tanye senang le sikit aku nok jawak."

Pastu sapok le pulok kawang nombor tige yang berlagok panda nih, "Bak pe yang mu jadi bodo sangak nih. Jangang tulih kat tangang, nanti tukang interbiuw tu na! pok mu tulih situ. Mu tulih kat getoh spenda mu tu. kalu die tanye, mu selok la sikit spenda mu, mu buat-buat la gatal kat perut. Pah tu mu kerling la sikit name pengerusi TNB tu".

Ape lagi... kawang nombor due ni pong suke la dengor idea bernas kawang die tu. Tapi die tok tahu yang kawang die nombor tige tu pong panik gok, sebab die pong tok tahu nak sebut macang mane.

Name kawan nombor due pun dipanggil... . Dalang 20 minit kawang nombor due tok kuor2 lagi. Kawang yang nombor tige panik doh nape kawang die tu tok kuor2 lagi. 5 minit pah tu, kuor la kawang nombor due ni dengang muke tersenyum. Kawang nombor tige pong tanye la, amende soalang yang kuor, jawap la kawan no due ni, "Susoh gok soalang die tapi soalang pengerusi TNB tu aku buleh jawap... aku sempak selok spenda aku. Tukang interbiuw tok nampok aku selok tadi".

Kawang nombor tige ni pong panik la. "Ah sudoh awang! aku p! ong sebenor nye tok tahu jugok nok sebuk name pengerusi TNB tu".

Jawap lah kawang no due tadi. " Mu tulih pade getoh spenda mu tu macang aku buat nih"

Kawan no tige pulok jawap," Aku nok tulih macam mane aku tok pakai spenda"

Ape lagi kelang kabut le kawang kite. Tibe-tibe kawang no satu yang dari tadi berdiam diri tadi bagi idea... .. "Ape bende yang susoh sangat ni awang, mu beri je spenda mu kat die kejap."

Ape lagi bergegas la kawang2 ni pegi toilet untuk berpindoh suor dalang. Tok lame lepah tu name kawang no tige ni pong dipanggil. Dengang semangak berkobor-kobor dan rase confident yang amat sangat kawang kite ni masuk dalam bilik interbiuw tu. Tok sapa 10 minit kawan nombor 3 ni kuor sambil tergaru-garu kepale dengang muke kepelikkang. Kawang2 die yang dok luor ni tanye la kenape kuor awal sangat?

Kata kawang nombor tige, mase ahli panel tanye name pengerusi TNB tu, die jawap je la. Tapi, tok pasa-pasa semue ahli panel su! ke sampai kang ade yang mengalir-alir air mate tok tahang sangat. Pastu kawang2 ni tanye la, mase ahli panel ni tanye name pengerusi TNB tu, ape mu jawap. Dengang confident die bagitahu dengan kuat dan lantang... ... ... ... ... ... "Datuk Calvin Klien".

Rupe-rupenye mase kawang ni berpindoh seluor dalang tadi, kawang yang sorang ni dah terpakai terbalik rupenye yang belakang ke depang, yang depang ke belakang. Name pengerusi TNB kat belakang, name jename spenda tu pulak kat depan. Tergelok besorlah kawang2 yang due orang lagi tu... ..Gitulah cerite nye... . spang kederang sunggoh!!!

Saya Kakak Dia...!!

Kawan saya mempunyai anak saudara yang bekerja sebagai wartawan diakhbar
harian. Kata kawan saya, anak saudaranya itu memang selalu berlagak dan
menjadi 'Ms. Know All' di kalangan kawan-kawan. Apa skill kewartawanan
yang diajar dia ikut. Apa yang orang asuh supaya jadi wartawan yang hebat
dia ikut.


Dengan kawan-kawan dia selalu berlagak dia saja yang selalu jadi 'first
person know everythings'. Tentang politik tentang daim nak letak
jawatan, tentang gosip terhadap Dr Hasan Ali, tentang gosip PAS, KEADILAN
semua dia tahu.


Itu belum masuk bab gosip kat ofis, nampak je berjubah tapi keburukan
terserlah. Semua orang tahu tapi malas nak layan. Satu hari dia memang
dalam waktu cuti, tapi tak suka duduk rumah, maklumlah tiada boyfriend
(anak dara tua). Sebaliknya dia memang suka merayau kononya nak cari
berita. Secara kebetulan anak saudaranya itu terserempak dengan insiden di
tengah jalanraya, dipinggir kota KL.


Orang ramai mengerumuni sesuatu di atas jalan, maklumlah polis belum
tiba waktu itu. Anak saudaranya cuba memboloskan diri,menengok apa yang
berlaku.Tak boleh.Dia gagal. Orang yang berasak-asak makin menolak
kebelakang.


Akhirnya dia dapat satu idea. Katanya 'tepi-tepi !!, saya akak kepada
mangsa. Tepi sikit. Saya akak dia !' kata anak saudara kawan saya.
Orang ramai tercengang dan berundur sedikit demi sedikit membenarkan
sipolan menengok apa yang terjadi.


Tapi orang lain saling pandang-memandang.Eh betul ke sipolan tu akak
pada simonyet yang bergelempang tinggal nyawa-nyawa ikan, dek kerana kena
langgar dengan lori sayur sebentar tadi ?


------------------------------------------------------------------------


Pengajaran : Jangan jadi orang pandai,jangan jadi orang hebat, yang
penting juga jangan berlagak... ..

Monday, September 1, 2008

Untuk Intan Weng

1. 1st time naik kapal Terbang
tak pernah lagik naik kapal terbang sebenarnyee.... bila laa blh naik ni yerkkk... nak merasa laa jugak naik kapal terbang tu mcm mana... best kee naik kapal terbang... usahkan kapal terbang... kapal selam pun aku tak pernah naik... muahahahaha....

2. 1st time beranak
giler kee aper.... org laki leh beranak keee.... muahahahah.... suh bini aku jerkk laa nanti beranakkan utk aku... hahahaha

3. 1st time gi oversea
oversea?? selalu sgt dah... pi pulau pinang... oversea gak laa tu.... :))

4. 1st time duduk jauh drp family
masa aku umor 18... melanjutkan pelajaranku ke uitm shah alam... masa tu laa berjauhan ngan family aku... selalu duk kg jerkk... sekolah pun tepi umah aku jerkk.... hahahaha.....

5. 1st time keje
masa aku sekolah rendah... jual kuih kat sekolah... best woo... dapat duit banyak woo... hari2 nak jual... sampai paksa mak aku wat kuih nak jual kat sekolah... hahahaha...

6. 1st time rasa gemuk :
ntah la.. bila 1st time aku nampak gemok erkk.... tak tau laa... aku gemok kee... muahahahaha....

7. 1st time bercinta :
1st time bercinta masa aku study kat shah alam dulu... 1st time pun 2 org aku rembat sekali... hahaha... alih2 kantoi jugak.... hahahaha...

8. 1st time rasa diri cantik
x penah rasa cantik sbb aku tau aku x cantik :)) aku hensem jerkk... muahahahaha...

9. 1st time masuk cinema :
masa aku darjah 6.... masa tu citer TWISTER.... pak sedara aku yang bawakkan aku..

10. 1st time admitted in hospital
tak pernah pun coz mak aku lahirkan aku pun kat umah tok aku... hahahaha....

 

Template Modified By PenyuXP

Powered By PenyuXP