Search

Custom Search

Sunday, July 20, 2014

Raya 2014

Lama tak mengadap blog ni weehhh... Bersawang dah rasanya... Tak lama dah nak raya, tinggal beberapa hari je lagi. Persiapan raya..? Belom buat apa2 pun lagi. Baju tak beli apa lagi. Ntah, tiap2 tahun mcm  nih. Raya macam tak raya je. Tak macam zaman kanak2 dulu. Raya je mesti seronok sebab nk pi kutip duit raya laa katakan. Kih3x... Nak balik kampung pun tak tahu lagi bila... Kuih raya pun tak tau laaa apa yg ada kat kampung tu. Buat atau beli je. Semalam pergi uptown, tu dia kuih raya. Punya laa mahal. Satu bekas pun dah 20 30 hengget... 5 bekas dah seratus lebih. Sedap tak sedap tak tahu laaa. Kalau sedap berbaloi. Kalau tak sedap mmg macam nak maki. So, tunggu laaa malam raya... Silap2 lelong jee kuih2 raya tu semua nak bagi habis.

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa kat sini. Tu saja masuk merepek skit nih. Ok lah.. Chowwww.....

Thursday, December 22, 2011

PenyuXP Kembali :))

Assalamualaikum w.b.t.


sudah sekian lamanya aku tidak mem'blog'kan diri aku nih... blog aku ni pun dah nampak mcm tak bertuan jerkk... padahal tuan dia ni ada jerkk... eheheh... ye laa.. skrg semua ada fb.. apa2 pun post kat fb jerkk... nak pi makan mana post fb... bercuti man2 post fb... gambo2 semua post fb... nak pi jamban pun kadang2 ada gak yang post kat fb... mcm2 ragam gak laa aku tgk manusia yang post mcm2 kat fb tu... termasuk laa aku... tp takde laa sampai nak pi jamban pun nak bg.. memang tak laa...

maybe pasni aku tak pakai blog dah kot.. sebab aku pun dah beli dah domain aku sendiri ... www.penyuxp.com ... dah masuk tahun ke 2 dah aku beli domain tu sekali ngan hosting... tp takde masa nak buat... so, pasni apa2 pun aku akan post kat sana... blog nih akan terbiar mcm ni jerkk hingga aku ada masa nak update balik... tu pun kalau aku rasa rajin nak bukak blog nih... :)) hahaha... ingt aku ni rajin sgt kee...?? 

tu jerkk la kot utk kali nih... tahun depan plak laa aku post... tahun depan pun tak lama lagik dah... tinggal seminggu lebey jerkk lagi... :d 

sekian... salam...

10 Perkara Yg Lelaki Tak Suker Tp Pompuan Buat Gak

1. Cepat berubah fikiran. Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari rabu kamu minat kat orang lain. Masuk harI Jumaat kamu dah lupa nama mamat yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.

2. Membanding diri dengan orang lain. Kalau si dia minat kat kamu, dia takkan pandang sangat awek lain. Percayalah. Takyahlah susah-susah nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU.

3.Bercanggah pendapat. Kalau dia minta pendapat, jangan ragu-ragu utk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikan dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jangan sampai menyinggungnya.

4. Terlupa temujanji. Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. kalau terlupa percayalah dia akan rasa macam tak dihargai dan tidak penting dalam hidup kamu.

5.Riak. Kalau kamu baru dinaikkan pangkat dan si dia memuji... pastikan kamu tidak riak bertahun-tahun, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.

6. Berkira soal berat badan. Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. lelaki ni kalau bab makan memang berkira.

7. Pura-pura tak tahu. Ini memang berlakon tahap bengong ! Takkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. tak salah jika sesekali tunjuk bijak.

8.Malas buat keputusan. Si dia buntu. Cadangan kamu?" Entah la I pun tak tau! " Hello bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer. Bila sesekali kamu buat keputusan gempak... dia mungkin makin sayang.

9. Kurang sopan. Tanyalah mana-mana lelaki, mesti dia tak pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Tamper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis tak leh tolak ansur... ..

10.Tak mengaku kelemahan. sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer... Lambat laun terbongkar gak. Percayalah... kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu satu kecacatan tapi satu kelebihan kerana sanggup mengaku. PERCAYALAH...

Friday, December 26, 2008

Pantun Mari Sembahyang Yang Manja ……….

Pantun Mari Sembahyang yang manja ……….

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh Halang!!!

Friday, December 12, 2008

10 Perkara Yg Lelaki Tak Suker Tp Pompuan Buat Gak

1. Cepat berubah fikiran. Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari rabu kamu minat kat orang lain. Masuk harI Jumaat kamu dah lupa nama mamat yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.

2. Membanding diri dengan orang lain. Kalau si dia minat kat kamu, dia takkan pandang sangat awek lain. Percayalah. Takyahlah susah-susah nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU.

3.Bercanggah pendapat. Kalau dia minta pendapat, jangan ragu-ragu utk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikan dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jangan sampai menyinggungnya.

4. Terlupa temujanji. Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. kalau terlupa percayalah dia akan rasa macam tak dihargai dan tidak penting dalam hidup kamu.

5.Riak. Kalau kamu baru dinaikkan pangkat dan si dia memuji... pastikan kamu tidak riak bertahun-tahun, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.

6. Berkira soal berat badan. Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. lelaki ni kalau bab makan memang berkira.

7. Pura-pura tak tahu. Ini memang berlakon tahap bengong ! Takkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. tak salah jika sesekali tunjuk bijak.

8.Malas buat keputusan. Si dia buntu. Cadangan kamu?" Entah la I pun tak tau! " Hello bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer. Bila sesekali kamu buat keputusan gempak... dia mungkin makin sayang.

9. Kurang sopan. Tanyalah mana-mana lelaki, mesti dia tak pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Tamper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis tak leh tolak ansur... ..

10.Tak mengaku kelemahan. sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer... Lambat laun terbongkar gak. Percayalah... kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu satu kecacatan tapi satu kelebihan kerana sanggup mengaku. PERCAYALAH...

Saturday, November 29, 2008

23 perkara berbahaya dilakukan ketika memandu

1. Tidur dengan nyenyak.

2. Membebel tak sudah-sudah.

3. Menyumpah-nyumpah trafik light dan polis trafik.

4. Menghidupkan lampu isyarat tak tentu hala.

5. Membunyikan hon sesuka hati.

6. Menelefon kekasih masing-masing sampai terlentuk-lentuk.

7. Buka cermin tingkap dan meludah sesuka hati.

8. Menunjukkan penumbuk kepada pemandu lain.

9. Melanggar tiang lampu isyarat.

10. Masuk ke lorong bertentangan.

11. Menjerit-jerit tak tentu hala.

12. Menukar seluar.

13. Mandi sambil berkemban.

14. Menggosok gigi dengan air enjin.

15. Meminjam telefon bimbit pemandu lain.

16. Mengurat pemandu lain dan pejalan kaki.

17. Makan sirih.

18. Memesan teh tarik di gerai tepi jalan.

19. Duduk di tempat duduk penumpang.

20. Menari-nari terutama bila dengar lagu Hindustan.

21. Mengorek-ngorek lubang hidung dengan tombol gear.

22. Membaiki komputer yang rosak hardisknya.

23. Menelefon boss anda dan menyatakan anda menyampah dengannya.

Friday, November 7, 2008

Cuci Motor

Sepuluh Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat

1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu
dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri
kanan.

3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi,pergi
tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya
hendak mula mencuci motor.

6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam
sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tem! pat tersembunyi, depan
rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan.
Majikan tidak akan memecat anda.

10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur
dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

Thursday, October 23, 2008

Tak Abis-Abis Aku Kena TAGGED

Ish Ish Ish... Jenuh Aku Nak Menjawab Dak Anis Nih... Mentang2 La Aku Dah Lama Tak Update Blog Aku Nih... Huhuhuh....


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
+ Oksigen... Takde Oksigen Macam Mana Mau Idop... Huhuhuhu...


2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
+ Beli Topup Maxis + Celcom :)) =))


3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
+ Wat Kat Kampung Laa... Best... Selesa Jerk... Sebab Sedara2 Semua Dekat2 Rumah Jerk...


4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
+ Insyaallah biar la ke akhir hayat.. Amin


5. Adakah anda di lamun cinta?
+ Herm... Aku dilamun Cinta?? Jap nak pikio.. :))


6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
+ Restoran apa ntah kat area Bangi... Ngan 3 Kawan aku... Sorang Dari Putrajaya, 2 lagik kawan sekolah aku dulu... diorg keje kat Kay El... Hangus gak laa rm100.. huhuhu...


7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
+ Buku 5.. hahahaha


8. Apakah nama penuh kamu?
+ Azwan Ashadi Bin Haji Azmer Bin Haji Sulong Bin Haji Ahmad Bin ........


9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
+ Lebey senang bercakap ngan mak aku coz aku duk ngan mak aku... Jarang sembang ngan ayah aku coz aku ni jarang balik trg.. ehehehe... balik trg memang ada can laa nak menyembang ngan ayah aku...


10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
+ Lom Pikio lagik nak jumpa saper... huhuhuh....


11. Christina atau Britney?
+ M.Nasir... Hahahaha.....


12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
+ Nop... Aku suh mesin basuh yang basuh pakaian2 aku... ehehe...


13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
+ Pi Makkah Laa... Insya Allah.. Ada Rezeki Leh La Sampai Sana Nanti....


14. Pelukan atau ciuman?
+ peluk?


15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
+ Adik Kepada Kawan Baik Aku...
+ Pertama kali Jumpa Kat Umah Mak Sedara Dia Yang Di Panggil Mak Ngah...
+ Bosan Tol Kena Tagged Ngan Dia Nih...
+ Suka Kaco Aku Kat YM...
+ Tak Abis-Abis Ngan Blog...


16. 8 perkara yang amat saya gilai
+ Join Portal Komuniti VF - www.virtualfriends.net
+ FaceBook - Apa2 yang patut..
+ Friendstern - Pun layan apa2 yang patut...
+ MySpace - Layan.....
+ Tepon Awek-Awek....
+ SMS
+ Ngadap Laptop, Bertenet....
+ Tidur..


17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
+ Assalamualaikum w.b.t.
+ Waalaikumussalam w.b.t.
+ Haram Jadah..!!
+ Siang Ke Mung...
+ Insya Allah..
+ Hampehh...
+ Tengok Laa Mcm Mana...
+ Boleh laaa...


18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
Buku Tak Banyak Sangat Aku Layan.. Aku Masukkan Sekali Ngan Surat Khabar Erk?? hahaha...
+ Mastika
+ Mangga
+ Hai..
+ Metro
+ Kosmo
+ Harakah
+ Berita Harian
+Utusan Malaysia


19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
+ Lagu Raya
+ Kristal - Nurani
+ Duta Feat. Baizura Kahar - Cinta Antara Kita
+ Ungu - Kekasih Gelapku
+ Ungu - Andai Ku Tahu
+ Corumn 80's
+ Jason Mraz - I'm Yours
+ Ella - Kesal


19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
+ Belajar untuk lebih menghormati orang lain
+ Belajar untuk memulakan perniagaan
+ Belajar membina web menggunakan PHP + MYSQL ngan CMS
+ Lebih berusaha.
+ Percaya diri sendiri.
+ Belajar Guna Software Yang Baru
+ Belajar Bukak Company Sendiri
+ Belajar Apa Erti Hidop...


20. Mari mengetag 8 orang lain.
+ YanaFuziana
+ HilangCariJumpa
+ Tombaks
+ Puteri_Intan
+ Shem
+ LiserWisha
+ Corey
+ Kepada Semua Yang Mengenali Diriku...




TATA....BYE BYE

Kena TAGGED Lagi Ngan Anis

7 Fakta Tentang DiriKu...

+ Aku tak suka keje ngan org.. Rimas.. Banyak Protokol Perlu Ikot +
+ Suka Bertenet +
+ Suka Berangan +
+ Suka Ngadap Laptop Sambil Layan2 Lagu +
+ Nampak Garang ( Yeke?? ) Tapi Baik OrangNyee +
+ Aku Susah Sebab Orang Lain Takpe , Jangan Orang Lain Susah Sebab Aku +
+ Aku Suka Nyakat Orang +


7 Ciri2 Lelaki/Wanita Idaman

+ Tinggi... Macam Aku Gak.. Hahahaha... +
+ Baik +
+ Penyayang +
+ Hormat Orang Tua, Termasuk Mak Bapak Aku +
+ Yang Suka Pakai Selendang, Sedap Mata Memandang +
+ Tak Kurus Sangat, Tak Gemuk Sangat.. Sedang-Sedang Sajer... +
+ Leh Terima Aku Seadanya Yang Ntah Apa2 Ni... +



7 Mangsa Seterusnya


+ YanaFuziana [ Kena Lagik Kan? ] +
+ HilangCariJumpa [ Walau Ang Dah Kawen, Jawab Jerk Laaa ] +
+ Tombaks [ Memang Sesuai Ang Jawab Tag Nih... ] +
+ Puteri_Intan [ Saje Nak Cari Pasal Skit.. ] +
+ MelyssaNadiea [ Bagus Gak Kalau Dia Jawab Ni. Mangsa Buli Aku Nih.. ] +
+ Shem [ Musuh Ketatku ] +
+ Liserwisha [ Nak Kasi Dia Ni Lagik Weng ] +

thnx...

Wednesday, October 22, 2008

Kena TAGGED Dek Anis Lagik :-w

--> Spell your name without vowels:
.z.w.n .sh.d. (Teruk bebeno jadiknyee... huhuhu...!!!)

--> What color do you wear most?:
BLACK...BLACK..BLACK...BLACK...BLACK..BLACK...

--> Least favorite color?:
Purple... ( Ye laa kot...!! )

--> What's for dinner tonite?:
Nasi Minyak + Ayam Kurma ( Terangkat Beb. Mak aku buat )

--> Are you happy with your life right now?:
Hepi kee?? 50-50 kot... huhuh... Matlamat lom tercapai lagik... huhuh...

--> Who did you last call on your cell phone?:
Dato` Seri Anwar Ibrahim... ( Caye tak?? )

--> Do you own a..
- DIGITAL CAMERA?:

No!

--> Last thing you bought over 50 Ringgit?:
Aku Beli Minyak Kete RM50 Hengget... Muahahaha....

--> Are you missing someone right now?:
Herm... Jap Nak Pikiaq Sat Naaa...

--> Finish this sentence. I wish:
I Wish I Leh Jadik Kaya.. Amin...

--> One word to describe you:
Hensem.. Hahahaha....

--> What would you rather be doing right now?:
Apa Lagik... Tgh Duk Jawab Tag Si Anis Sengal Ni Laaa....

--> Last IM you recieved?:
Wehh, mung wat nape tu?? >from member aku dari trg.. hahaha

--> Who did you hug today?:
Tiang Rumah... Takkan nak pelok bini kot... Kawen pun blom.. hahaha...

--> What are you going to do now?:
Nak Tdo... Tp.. Mampukah Aku Tdo Seawal Ini... Baru Kul 3.00am


--> Da next 7 victim is?
YanaFuziana
HilangCariJumpa
Shem
Puteri_Intan
Tombaks <<--- dah ada blog nih :))
Liserwisha
SAPE YG BACE NIE BLEH?

*sapa yang dah reply tag nie inform sama gua! daaa!~

Wednesday, October 1, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di sini aku menyusun 10 jariku yang masih tak kurang lagik nih memohon maaf jika aku ada terkasar bahasa, terkutuk, terkata, tercurik, & apa ter ter ter lagik laa....

Akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN...


kadrayapenyu.gif

Thursday, September 18, 2008

Cheque Sudah Clear

Herm... aku nak tunaikanlah request dari HCJ erkk... dia yang suh aku update kan blog aku nih... nah... aku ada gambar nak tunjukkan kat dia... hahahaha.... clean n clear... Ni adalah sambungan skit dari post aku yang sebelum nih.... ehehehe... sajer jerkk kasi hot skit...

Cheque aku sudah clear laa wehh... hahaha/.... Meh kiter pakat tgk erkk... Jom Jom Jom...


Baru jerkk clear petang tadi... pastu esok plak leh clear abis dah nih.... hahaha...

to hcj :: aku harap ang berpuas hati ngan update aku nih yerkk... muahahaha :)) =))


Saturday, September 13, 2008

SuperBID MGM 1st Week Winner (Referral)..!!

Ni aku nak citer skit laaaa pasal aku menang Lelong Superbid MGM - WEEK 1 (Referral)... mcm mana aku menang?? aku menang coz aku invite bebudak suh masuk SuperBid kat lelong laa... so.. ramai laa yang duk masuk sana melalui aku.... so.. aku adalah yang terbanyak gak laa.. top 20 beb... menang laa rm100... aku invite tak sampai pun 5 minit... hahaha....

Yang boleh aku tau aku ni memang coz diorg hantar email kat aku... ni antara isi kandungan email tersebut.......

-----------------------------------------------------------------

from : promo -
promo@lelong.com.my
reply-to : promo - promo@lelong.com.my
to : penyuxp@gmail.com
date : Thu, Aug 28, 2008 at 9:26 AM
subject : Congratulation! You are our winner of Lelong Superbid MGM - WEEK 1 (Referral)
mailed-by : lelong.com.my


Hello ,

Congratulation! You are our winner of Lelong Superbid MGM - WEEK 1 (Referral)

* You may refer Lelong.com.my home page for official announcement or the contest page:

http://forum.lelong.com.my/bbs/viewthread.php?tid=38418&page=1&extra=page%3D1#pid1407486

Kindly come to Lelong.com.my office for prizes redemption & identity verification purpose.

* Please provide your IC, a valid & contactable mobile phone number for verification purpose.

* All prizes must be claimed before 05Sep2008 before forfeited.

* Please note that our office hour is from Monday to Friday(9am~6.30pm). Kindly refer our location map as following:

http://www.lelong.com.my/Aucinclude/map/LelongMap2.jpg

* Please contact us at least 3 working days in advance before you are coming to claim for prizes.

* We need your fullname & IC number as per stated in your MyKad. Please reply to this email ASAP should the above mentioned details are incorrect.

Should you have any problem, please contact :

Ms Sabrina Wai

email: promo@lelong.com.my

Tel : +603-8060 2528 etx: 16

Fax : +603-8060 8528


Thank you for trading at Lelong.com.my

Happy Trading.


Best regards,

promo
mailto:promo@lelong.com.my

-----------------------------------------------------------------

Aku bagi laa alasan2 yang kukuh utk mengelakkan diri dari ambil hadiah kat pejabat diorg tu... aku suh diorg pos jerkk cek yang bernilai rm100 tu ke rumah aku... diorg setuju n mintak aku punye alamat, nama penuh berserta ngan no i/c...

seminggu gak laaa aku tunggu baru sampai cek tu kat aku.... sampai tepat jam 12pm ,13hb September 2008... masa tu aku tgh syok tdo... tetiba ada org ketuk umah aku.... waduh2... nak tdo pun tak senang... bukak2 pintu, ada posmen tunggu depan umah n dia cakap ada dokumen perlu aku sain coz ada dokumen yang di pos laju utk aku... aku masih tak tau apa bendanyee tu....

masuk2 bilik.. bukak jerkk... naa... cek bernilai rm100 daripada lelong.com.my.... jgn jeles beb... korang tak dapat.. aku yang dapat.. ni haaa... aku kasi tunjuk gambar skit kasi bukti skit yerkk... muahahaha.....


Ni sampul pos laju tu... leh zoom... ada nama aku kat situ n alamat pengirim pun ada... hahahaha.... bukti nih.. bukti....


Ni plak sampul surat yang di dalamnya berisi cek.... jap aku bukak sampaul surat ni kasi tunjuk kat korang apa isinye yerkk... ahakss...


Ni haa isinyee yang berada di dalam sampul tadi... berupa cek dari lelong.com.my yang bernilai rm100... muahaha... aku dah selamat bank-in dah cek nih... next week clear laa kot... leh laa shoping baju raya selai... ehehe...


Jangan jeles yerkk... pewwiitt.......

Nak tengok pemenang2nyee lagik... leh laa tgk sini....

http://forum.lelong.com.my/bbs/viewthread.php?tid=38418

leh laa tgk nama aku naik kat sana... ahaks...


akhir kata... terima kasih kat lelong coz berjaya menjeleskan member2 gua.... adiosss amigoss.... muahahahahaha.....




Monday, September 8, 2008

TAGGED by Cik Anis...!!!

Cik Anis telah meng'victim'kan diriku...so ape kata survey!

3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
- rambut aku memang panjang masa sekolah dulu... sampai satu tahap kena potong ngan cikgu sekolah... aku plak sorg pengawas kat sekolah.. ketua pengawas plak tu... padan muka sekolah n cikgu2 sekolah yang lantik aku tu dengan cara paksaan... hahahaha..

- selalu pergi lewat ke sekolah. loceng hampir nak berbunyi masuk kelas... baru laa aku sampai... haha... sepatutnyee tiap2 pagi aku yang kena jaga kat paga jadi guard... ambik nama bebudak sekolah yang datang lambat ke sekolah... muahahaha...

- pernah bergaduh dalam sekolah n luar sekolah... muahah.... masa tu pun aku dah jadik pengawas... lom jadik ketua pengawas / pengganas lagik... muahahaha...

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??
- Math - senang jerkk subjek nih... umpama aku makan kacang jerkk.. kupas2 kulit terus masuk mulut... kunyah2 telan... ahaks.... sebab senang sgt2 laa... ahakss... cikgu pun sporting abis sehh...

- Add Math - subjek ni kacang laa jugak.. tp ngapee la aku tak leh A time SPM.. aduss.. tensen tensen.... sebab bab2 kira nih aku ska sgt2.... mencabar minda main2 no nih....

- LK - best laa subjek nih... lukis2 bangunan... cam jadik arkitek laa plak.. ahakss.... senang jerkk.... cikgu pun sempoi...

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
- Sejarah - bosan wooo subjek nih... banyak benda nak kena ingat.... itu laa.. ini laa... pastu kena wat karangan laa ngan fakta2 yang ada... adehh.... bosan2... otak aku tak leh terima... hahahaha...

- Kimia - subjek ni pun sama... adeh.... lomah den ngan subjek nih... sampai cikgu aku siap mengamuk lagik kat aku pasal markah aku paling rendah dalam kelas... muahahaha

- Fizik - sebenarnye subjek ni best bagi aku... tp aku dapat cikgu yang.. lahai.. membosankan.... terus jadik tak suka ngan subjek nih.... cara cikgu niu ngajo.. dia bagi soalan.... dia yang buat... terus dapat jawapan... bebudak lain ternganga mcm man leh dapat jawapan tu.... haru tol....

MENARIK PADA KAMU...?\
- Nak kena puji diri sendiri kee nih?? hahaha.. aku leh kata aku nih flexible... mcm tu kee ejaan dia.. ahakss... leh terima teguran org.. leh dengar pendapat org.. leh dengar masalah org.... aku seorg pendengar yang baik... aku susah kerana org takpe... jgn org lain susah kerana aku.... ada lagik kot... len kali laa sambung... next.... hahahaha....

KAMU PALING SUKA...?
- On9.... tu laa kot yang paling suka... ada yang lain kee?? nanti malam raya tahun depan aku pk balik.... hahaa...

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...
- Laptop.. Henpon...

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI...
- Opss... patut jawab kee soalan nih...? next... hahaha...

So the next 5 victims are:
-Shem
-YanaFuziana
-HCJ
-Intan Weng
-Sape2 la yang baca post nih... hahaha.....!!!

Saturday, September 6, 2008

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian.

Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim. Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.

Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa
kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih.

Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
" Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau.

Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!"

Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!"

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!

"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.

Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana !



moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain..,Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda

Thursday, September 4, 2008

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.

2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.

6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.

10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.

11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.

15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.

18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.

19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!

20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.

21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.

Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?

Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

Tuesday, September 2, 2008

Adakah Anda Bijak Memilih Pasangan Hidup Anda

Kebahagiaan dan kejayaan hidup berumahtangga adalah bergantung kepada kebijaksanaan seseorang memilih pasangan hidupnya. Pemilihan yang bijak ialah pemilihan yang didasarkan di atas keserasian dan persamaan watak-watak peribadi, persamaan taraf keluarga, persamaan agama, persamaan kecenderungan dan memilih kawan teman, hobi dan hiburan. Perkahwinan-perkahwinan yang berlangsung tanpa mempunyai keserasian-keserasian yang pokok ini seringkali terkandas dan gagal.


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan Ya atau Tidak?


(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?

(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?

(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?

(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?

(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?

(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?

(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?

(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?

(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?

(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?

(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?

(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?

(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?

(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?

(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?

(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?

(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?

(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?

(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan Ya sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan.

Kalau anda dapat menjawab Ya kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit.

Sebaliknya kalau jawapan-jawapan Ya itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian

 

Template Modified By PenyuXP

Powered By PenyuXP