Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya
membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba- tiba datangla sebuah kereta evo7
berhenti di sebelah kelisa tadi.
“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....
"Ok,cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kelisa di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate
polis nie..
cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat
depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye....... ..sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'
Search
Friday, August 29, 2008
Kisah Ferrari , Evo 7 & Kelisa
Posted by PenyuXP Professional at 10:35 PM 0 comments
10 CERITA LAWAK
Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.
Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."
Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"
Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.
Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu... ."
Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya lak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalu terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...
Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya.
Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur.. hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis. "Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu... "
Cerita 9
pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah belaka.. jd, bapanya membandingkan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah. dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal dibanding si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik... ... .." bapa : ??
Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing...
Posted by PenyuXP Professional at 12:06 AM 0 comments