Search

Custom Search

Friday, August 29, 2008

Kisah Ferrari , Evo 7 & Kelisa

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya
membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba- tiba datangla sebuah kereta evo7
berhenti di sebelah kelisa tadi.


“Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"


"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kelisa di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..


Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.


Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.


Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate
polis nie..
cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat
depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...


"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye....... ..sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

10 CERITA LAWAK

Cerita 1
Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Cerita 2
Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala... releks le, aku ni kan anjing laut."

Cerita 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah."Atok buat apa tu?" "Atok bagi surat kat kawan atok, cu!"jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 4
Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Cerita 5
Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,"Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."
"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu... ."

Cerita 6
ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya lak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalu terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...

Cerita 7
Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. "Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya". "Lho ... kenapa kamu tidak membeli dua komputer" sahut temannya.

Cerita 8
Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur.. hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya. Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan. "Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah." "Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah. "Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih. "Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis. "Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." "Saya tahu... ," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu... "

Cerita 9
pada suatu ari, ada sorang anak dimarahi bapanya kerna tak lulus exam.. dalam report kad semuanya merah belaka.. jd, bapanya membandingkan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai... bapa : "kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak de pun merah. dia anak yg cerdik.. tak macam kamu, malas betull.. " kerana kesal dibanding si anak menjawab: "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kan bapanya cerdik... ... .." bapa : ??

Cerita 10
Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. setelah pesanan sampai, mereka masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!".. maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich memasing...

Thursday, July 31, 2008

Jalan2 Cari Pasal Di Gerik

26/07/2008

Seminggu sebelum tu kitorang dah plan nak pi Gerik, umah si ielakiut utk makan buah2 kat sana terutama buah doyan laa beb.. ehehe... Pengarahnye adalah si Mell laa.. saper lagik.. penaja utama adalah ielakiut n family dia.. ehehe....


Antara yang join adalah aku sendiri, tombaks, mell, kak lin, cacoq, ielakiut, helangputih dan corey... ielakiut n cacoq dah siap sedia tunggu kami kat gerik... kami bertolak kira2 jam 8.30 pagi dengan 2 bijik kete... kete tombaks n kete mell.. hampir 2 jam jugak laa utk sampai kat umah si ielakiut tu... dalam perjalanan kami singgah jap utk bekfes... maklumlah... semua kelaparan tak makan pagi lagik :D:D:D pekena laa roti canai ngan nasi lemak...

kami sampai sana lebey kurang dalam kul 11 pagi jugak laa... terus kami dibawak ke umah tok wan si iela tu... sampai jerkk terus pekena doyan beberapa bijik... sedap wooo...




Dah abis makan doyan... pi kebun plak... pi kutip rambutan n doyan barang sebijik dua... ehehe...































































Pas belasah rambutan ni kami wat apa lagik erk??? makan tgh hari plak umah tok wan si iela nih... pas abis2 makan... kami terus berangkat pi mandi ayaq terjun plak... berani sungguh air tu erk.... terjun jerkk kejenyeee... hahahaha........

masa ni laa ada kejutan skit buat mell n tombaks... plan nak kasi mell jerkk coz kami dah rancang termasuk sik tombaks nih.. nak kenakan mell sorg jerkk... tp... so tombaks ni tak tau... dia akan kena sekali... coz... besday mell n tombaks pada bulan yang sama... apa salahnyee kenakan sekali kan... hahahaha.... meh kiter tgk skit gambar diorg tu yerkk... hahahaha ....kami sediakan tepong ngan telur sekali....

yang tak bestnyee... ngan kami2 sekali kena.... muahahaha....



























Abis bab tepong menepong n telor menelor... ehehe... meh kiter masuk bab mandi manda plak yerk... ehehehe....



















Aktiviti sebelah malamnyee pulak... acara BBQ... resepi aku sendiri wehh... leh buat tempahan kalau berminat yerkk... bebudak ni tak tau mcm mana nak buat ... aku gak,... sib baik ada aku.... pastu... aku plak yang kena bakor ayam2 tu.... lagik2 laa hampeh... jom kiter tgk gambar yerkk...

















Peribahasa yg layak diberi penampar!!!

Karam Singh Walia - ayat power

~ kemana tumpahnye kuah,kalau tak ke bawah

~ tak lapuk dek hujan,tak lekang macam rambutan

~ tiada rotan,pelempang berguna juga

~ biar lambat asalkan tak cepat

~ biar putih tulang jangan kuning gigi

~ dimana ada gula disitulah ada gula-gula

~ kalah jadi abu,menang jadi arang,seri jadi abu bakar

~ carik-carik bulu ayam,lama-lama jadi shuttlecock

~ secupak takkan jadi 18 cupak

~ gajah mati meninggalkan gading,udang harimau mati meninggalkan kulit,manusia mati meninggalkan dunia

~ sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula makanan di dalam mulut

~ harapkan pagar,pagar tak boleh diharap

~ alang-alang mandi biar gunakan sabun

~ berat mata memandang,berat lagi seguni beras

~ cubit paha kanan,paha kiri tak rasa apa pun

~ diam-diam ubi berisi,diam-diam orang.....bisu

~ hidup segan,mati ditanam

~ ikut hati mati,ikut rasa merasa

~ lembu punye susu cap teko dapat nama

~ sehari selembar benang,lama-lama habis

~ jika mata kail panjang sejengkal,beli la yang panjang skit kalu nak

~ mancing kat laut(beli pukat tunda lagi baik)

~ hendak seribu daya,tak hendak takpa

~ membujur lalu lintang-pukang

~ hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lagi baik tak payah hujan

~ sebab pulut santan binasa,sebab mulut habis pulut

~ kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili

~ tuah ayam boleh nampak di kaki,tuah manusia boleh makan ayam

~ kalau sudi katakan sudi,kalau tak sudi boleh blah la lu..!!

Wednesday, July 23, 2008

Teka Teki

teka teki yang layak diberi penampar...........

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik....

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang....cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

7) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

8) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
Answer: Usus

9) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'

12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer: Sekretari baik.................. 'Selamat pagi Boss' Sekretari kurang baik........... 'Dah pagi ni Boss'

13) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...heheheh

14) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

15) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

16) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

17) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ....gile ape...

18) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah.....

Friday, July 18, 2008

Yang Lahir Tahun 80`an

budak2 yg lahir pd thn 80'an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

Thursday, July 17, 2008

Bulan Februari

Aku lahir bulan februari... 6hb Februari... tepat jam 7.31pm.. aku lahir kat umah tok aku jerkk... coz mak aku ni takot nak pi hospital... hospital plak pi umah tok aku... hahahaha....

Tpt aku lahir plak.. kalau korang tahu pulau kapas.... bertntangan ngan pulau kapas.. tu laa kg tok aku... kg Seberang Marang.. kat kuala trg....

Yang aku nak citer kat sini bukan pasal aku lahir atau kisah hidop aku sebenarnyee... hahaha... aku nak citer pasal bulan Februari, dari research yang aku buat kat vf.. sebagai sumber utama aku aku.... aku ada la jumpa sikit2 pasal org yang lahir pada bulan februari ni n pada tarikh aku lahir...

ni aku listkannye buat tatapan korang terutama yang lahir pada bulan Februari... kalau nak bulan lain.. buat laa sendiri yerk... hahaha..


Februari

- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.

- Amat hormat kepada pasangan.

- Amat suka memikat pasangan.

- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.

- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya

- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)

- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.

- Kurang beremosi terhadap pasangannya.

- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12



Zodiac : Anda Dan Risalahnya - ( Februari 06-14 ~ Merpati )

Merpati:

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamulakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

**memang aku riang... enjoy tipa waktu... kawan2 pun ramai kot... memang aku tak suka hipokrit... tp yang tak leh terima.. aku mudah jatuh cinta tu... memang tak betol sama sekali...



Personaliti Lelaki Mengikut Zodiak - Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati... Suka yang cantik dan menarik perhatian.

Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu..

** ish ish ish... aku pijak semut semua mati wehh... kacang kee nak ngorat aku.. tak semudah yang di sangka.. hahaha...... aku cepat bosan kee.... tidak sama sekali tidak....


Warna Di Sebalik Tarikh Lahir - ( 4 hingga 8hb Februari - Biru )

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

** sebab tu laa aku suka biru kot... coz aku lahir bulan 2.. pada tarikh 6hb kot.. ehehehe.... ni lagik satu... mudah jatuh cinta... takde laa... mana aku ni mudah jatuh cinta beb... kenyataan ni 50-50 jerkk... ada betol n ada tak betol...




Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

FEBRUARI



* Berfikiran abstrak.

* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

* Bijak dan pintar

* Berpewatakan yang mudah berubah.

* Mudah menawan orang lain.

* Agak pendiam.

* Pemalu dan rendah diri.

* Jujur dan setia pada segalanya.

* Keras hati untuk mencapai matlamat.

* Tidak suka dikongkong.

* Mudah memberontak apabila dikongkong.

* Suka kegiatan yang lasak.

* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

* Mudah mempamerkan marahnya.

* Tidak suka benda yang remeh-temeh.

* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

* Sangat berani dan suka memberontak.

* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

* Pemerhatian yang tajam.

* Suka hiburan dan sukan.

* Suka benda yang bersifat seni.

* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

* Belajar untuk mempamerkan emosi



** aku suka kajian
Dato' Dr. Fadzilah Kamsah nih.... leh kata 80-90% betol tentang diri aku... ehehehe.....


So... kesimpulannye yang leh dibuat kat sini.... jadilah diri anda sendiri.. jgn laaa suka meniru org lain... jgn hipokrit... jgn berlagak sombong... n jgn mudah percaya sgt pada zodiak2 nih... ada yang betol... ada yang tak betol...

so.. banyak2 laa mintak doa kepadaNya moga kiter ni jadik anak2 yang baik... anak2 yang berjaya.. anak2 yang tak mudah lupa pada mak bapak...

kalau berkawan... jadilah kawan yang sebenar-benarnya kawan... jgn jadik mcm kawan makan kawan.... aku paling benci kawna mcm nih... dapat kat aku org mcm nih.. tau laa aku nak wat mcm mana....

itulah saja utk kali ini... kiter berjumpa lagik di lain waktu.... muahahaha....

Wednesday, July 16, 2008

Cara Mengesan Hp Original

how to know mobile is original or not? tips for HP

type *#06#

534987801665443


digit seven and eight 02 or 20
-assembly on emirates >>very bad quality

digit seven and eight 08 or 80
-manufactured in germany >>not bad

digit seven and eight 01 or 10
-manufactured in finland >>good

digit seven and eight 00
-manufactured in original factory >>best quality

digit seven and eight 13
-assembly on azerbaijan >>very bad quality and dangerous for health

Tuesday, July 15, 2008

Hari Ini Dalam Sejarah

Apa aku nak cakap kat sini erk?? Buat julung2 kalinyee aku ada blog sendiri dan aku berjaya siapkannyee tepat jam 8 pagi tadi... hahaha.... kul 12 tgh malam tadi baru start nak ngadap laptop kesayangku ni...

Pastu aku tak tau nak wat apa.... update website customer aku skit... lepak2 kat vf jap... pastu bukak blog.... update n upgrade apa2 yang patut... tambah link2 blog kawan2.... pastu siap....

makan masa skit nak siapkan coz Celcom Broadband aku ni jadik mangkuk hayun plak... line selalu putus2... aduss.. tensen aku... mcm nak kuar jerkk malam tu nak pi bakar kedai yang aku register celcom broadband nih.... menyeksakan jiwa raga aku jerkk....

tado kul 9 pagi tadi... kul 3 baru bangkit.... begitulah kehidupan aku seharian.... malam wat keje... siang aku tdo... cukup bulan gaji masok sudah... ahakss..... aku suka ngan kehidupan aku skrg... takde laa nak keje bawah org... ikot protokol... coz aku jenis tak leh nak keje ngan org.... org suh wat tu wat nih... mcm nak sekeh jerkk sorg2 yang suh wat itu wat ini....

pastu siapkan skit kertas kerja aku utk mohon dana dari MDEC.... RM150K cukup laa kot... semaksimum aku nak apply....

prototype pun dah dalam 30% siap kot... banyak lagik nak kena masukkan.... aduss.. pening2.....

Minyak.. Ohh Minyak..!!

-Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak
1990 )


TIME TUN DR MAHATHIR

sebelum 90 - RM 0.89

tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )


TIME DOLLAH BEDAWI

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM *0.78*)

Nota : (ayat - ayat standard)
1.Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negaraASEAN.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4.Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI .

Saudara / Saudari,
Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005.

Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol.

Kenapa kita hairan MAS rugi ?
Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri.

Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu
ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak
RM300 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom.. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja).

Bayar tol pula lebih RM120.

Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40.

Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.

Negeri lain bukan macam negara kita.

Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000.

Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia.

Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .

Di Malaysia pula ada AP.

Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja.

Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP King".

Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun.

Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang.

Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Malaysia Boleh!!!!
Sekian. Salam.

RM 20.00

Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak
lelakinya yg berusia 7 tahun dimuka pintu.

Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: "Ya...nak tanya apa?"
Anak: "Berapa pendapatan ayah sejam?"
Ayah: "Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya?" si ayah mula menengking.
Anak: "Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?" si anak mula merayu.
Ayah: "20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?"
Anak: "Oh..." si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian memandang wajah ayahnya ambil bertanya, "Ayah....boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?".

Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, " oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat apa nak mintak sampai 10 ringgit ?
nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."

Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini", berkata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terimakasih banyakayah", katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk. Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit di bawah bantal itu?" jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup", jawab si anak perlahan.
"Tak cukup untuk beli apa??", soal balik si ayah.

"Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah. ", jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

 

Template Modified By PenyuXP

Powered By PenyuXP